Posts

Showing posts from June, 2013

MAKAN TENGAHARI

Image
Inilah tempat makan yang kita sefamily selalu makan bila malas masak time cuti..kedai ni punya la banyak lauknya sampai x tau nak pilih yang mana..lauk yg selalu jadi pilihan biasanya gulai kawah..memang maveles..kedai  ni kat area rumah kita je..kat Taman Sri Gombak...

MEKAH

Image
Salam.... Alhamdulillah akhirnya dah menjejak kaki ke Mekah...terlalu indah untuk nak digambarkan..cukup indah.. Kitaorang sampai pukul 10.30 malam. Sebelum tu dari  Madinah ke Mekah kami miqat di Bir Ali..x de gambar nak tunjuk sbb bateri semua habis..makan malam kat situ Sampai hotel terus check in..pukul  11.30 mlm mutawif dah tunggu untuk memulakan umrah..Alhamdulillah jugak sebab hotel yang kami dapat dekat sangat dengan Masjidilharam maklumla sebelum ni dengar ada yang dapat hotel jauh. Kebanyakan jemaah yang menginap di hotel ni adalah jemaah yang ziarah dari Istanbul macam kitaorang. Sepanjang berjalan untuk ke Masjidilharam hati sangat berdebar2...macam2 cerita yang dengar..ada yang x nampak Kaabah la ada yang diuji macam2..hati banyak  berdoa semoga segala yang dilakukan akan dipermudahkan...  Bila kaki melangkah masuk ke Masjidilharam, mata tercari2 Kaabah..bila terpandang je Kaabah air mata dah tak tertahan lagi..rasa macam2..rasa syukur..rasa syahdu..rasa bertuah ...Syukur

MADINAH

Image
Salam... Rombongan kitaorang sampai Madinah lebih kurang pukul 3 pagi...bila kaki jejak je airport Madinah air mata dah bergenang..rasa antara percaya atau tidak yang diri ini dah berada kat Madinah...tempat yang paling tenang...Sampai hotel terus check in then bersiap untuk solat Subuh..Sepanjang berjalan ke Masjid Nabawi hati rasa berdebar..Ya Allah syukur atas apa yang hambamu ini perolehi...Solat yang sayu sbb tiba2 teringat arwah mak dan abah...Sebenarnya x banyak gambar yang di ambil..entahlah hati rasa x berminat nak bergambar.. Cantik kan permandangan awal pagi.. Gambar dengan Kak Ju dari Aloq Setaq dalam masjid.. Sepanjang di Istanbul, Madinah dan Mekah saya dapat kenal kakak2 yang cukup baik yang banyak bimbing saya...rasa macam satu keluarga..sampai sekarang hati sentiasa rindu dekat diorang... Alhamdullillah..sepanjang di Madinah macam2 saya dapat tengok..depan mata saya dan suami ..orang arab bergaduh..macam rusuhan..takut sangat...tengok macam2 perangat manusia seluruh du

LAGI ISTANBUL

Image
Salam.. Sambung lagi entry tergendala... Aktiviti seterusnya pagi2 kitaorang di bawak ke kedai kulit... Gambar depan kedai..hujan sikit..sejuk.. Sebelum dibawak tengok koleksi kulit kitaorang tengok dulu fashion show..lawa2 org Turkey ni..lepas tu kita orang tgk2 jaket kulit...Memang la original tapi rega mak aii...mahai..kalau duit Malaysia yg paling murah dalam RM1200... Lepas tengok kulit..aktiviti kitaorang seterusnya pegi ke Topkapi Palace.Topkapi Palace ni dibangunan sekitar tahun 1478 dan dulunya merupakan kediaman para sultan. Sekarang Topkapi Palace telah dijadikan muzium. Didalam Topkapi ni ada banyak barang2 peninggalan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda seperti kelengkapan senjata dan pakaian.Selain tu terdapat juga cebisan rambut, gigi dan serban..rasa bertuah sangat dapat tengok walaupun x boleh tangkap gambar... Tiket masuk Topkapi Palace Cantik bunga2 kat sini.. Bila datang Turkey rugI kalau tak rasa aiskrimnya...Sebelum nak dapat aiskrim macam2 penjual askrim tu b