CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

9.6.16

BOAT NOODLES


Lagi sesi makan-makan..
ari ahad lepas try gi M3 Mall yang dekat Taman Melati
ok jugak mall ni..bila dah sampai tgk ada boat noodles..apa lagi nak jugak try..asyik tengok orang post je..kena la jugak beratuq nak makan ni..di sebabkan Aiman tak ikut jadi just order 12 mangkuk je..sorang 4 mangkuk..dah semangkuk rege dalam RM2 je kann..Air Pulak RM6.90..so total yang dikorbankan hari tu RM53.00..




SOPOONG KOREAN FOOD

Assalammualaikum..
mari menghapdet blog..lama kan blog terbiar kejung..
Minggu lepas jalan-jalan ke IOI Mall Putrajaya..Misi sebenar nak pegi Index Living ngan Home Pro..Ingat nak survey2 sofa baru untuk raya ni..sofa lama tu dah teruk benar..jadi sebab duit yang ada tak seberapa maka kena la rajin mengsurvey sofa yg cantik, tahan lama dan harga berpatutan..baru la namanya berbelanja secara bijak..

dah2 la cerita pasal ni..ni nak cerita pegi makan korean food kat Sopoong..Budak-budak ni kalau bab makanan korea suka benar..banyak sangat tengok rancangan korea..Makanan kat sini ok jugak..harga pun berpatutan..Disebabkan sebelum pegi IOI Mall dah makan nasi jadi kitaorang just order yg ringan-ringan je..dekat Sopoong ni ada set so kitaorang ambik set.. murah sikit


Ni En Hubby ngan Aiman punya..Set Ramen ngan kek beras..set ni sekali ngan air


 ni Ammar punya set Ramen ngan kimbap..aiman dok membodek adik dia nak kimbap..yg adik pulak selalu termakan bodekan dia..lepas tu menyesal..

yang ni ai punya ok..Udon Mee..Sedap jugak

kalau tak silap setiap set harga dalam RM18.90..air ngan side dish boleh refill

yang ni penkek korea..rege dalam RM13.90

jadi puas hati jugak la makan kat sini..tapi nak mencari kedai tu punya pening..biasa kedai semua di G...tapi kedai ni di L2..
So.. Selamat Mencuba!!!

18.2.16

KURSUS LANGKAWI


Cerita 2015 lagi..
Pergi kursus Langkawi 3h2m..Dok kat De Baron Resort..Bilik cantik dan sangat selesa..malam2 lepak tepi pantai..best..











Kursus kali lebih kepada mini teambuilding..so x la mengantuk dok dalam kelas..aktiviti lebih kurang mcm explorerace..ni kat Laman Padi lepas abih task..minum2 kat sini


Lepas tu pegi makan Laksa Ikan Sekoq..Sedap





Ni sebelum pegi airport pegi lagi makan laksa ikan sekoq tapi gerai lain..yang ni kureng sikit..