MEKAH

Salam....
Alhamdulillah akhirnya dah menjejak kaki ke Mekah...terlalu indah untuk nak digambarkan..cukup indah..
Kitaorang sampai pukul 10.30 malam. Sebelum tu dari  Madinah ke Mekah kami miqat di Bir Ali..x de gambar nak tunjuk sbb bateri semua habis..makan malam kat situ
Sampai hotel terus check in..pukul  11.30 mlm mutawif dah tunggu untuk memulakan umrah..Alhamdulillah jugak sebab hotel yang kami dapat dekat sangat dengan Masjidilharam maklumla sebelum ni dengar ada yang dapat hotel jauh. Kebanyakan jemaah yang menginap di hotel ni adalah jemaah yang ziarah dari Istanbul macam kitaorang.

Sepanjang berjalan untuk ke Masjidilharam hati sangat berdebar2...macam2 cerita yang dengar..ada yang x nampak Kaabah la ada yang diuji macam2..hati banyak  berdoa semoga segala yang dilakukan akan dipermudahkan...
 Bila kaki melangkah masuk ke Masjidilharam, mata tercari2 Kaabah..bila terpandang je Kaabah air mata dah tak tertahan lagi..rasa macam2..rasa syukur..rasa syahdu..rasa bertuah ...Syukur terpilih menjadi tetamu-Mu Ya Allah..
Umrah pertama berjaya dilakukan walaupan ada sedikit dugaan..terpisah dengan En hubby..nasib baik ditemani kakak2 yang dah biasa buat umrah..diaorang yang banyak membimbing..Terima kasih sangat2...
lepas habis buat umrah ada lebih kurang satu jam lagi nak subuh..jadi kitaorang terus tunggu subuh baru balik..Kitaorang juga dapat sembahyang pertama di dataran Kaabah..sepanjang tunggu masuk waktu mata pun punya la mengantuk..mungkin sbb penat skit kot..

 Ni la pintu masuk sepanjang ke Masjidilharam

Lepas habis solat Zuhur..orang dah start ramai..nampak tak ada renovation..

  Lepas solat Isyak..ramai sangat orang..

Selang sehari buat umrah kedua..time ni dah start demam tapi rasa macam mampu nak buat..
bila buat umrah kali ni memang agak mencabar sbb demam x baik lagi..pagi tu pulak cuma makan bubur je..agaknya tenaga kureng..rasa lemah sgt2..Alhamdullilah sbb boleh jugak buat..

 malam tu ada aktiviti mendaki gua hira....disebabkan demam x baik lagi jadi ingat nak pegi tengok je..en hubby nak panjat..tapi bila sampai tengok tingginya..dah tu kawasannya macam x selamat kalau saya nak tunggu dengan sorang kakak ni..jadi en hubby pun x naik la ..takut wife dia hilang kot..heheh..


 inilah laluan tiap2 hari kalau nak ke Masjidilharam

 Dapat tangkap gambar Hajarul Aswad..time ni dah nak masuk waktu jadi jemaah dah start ambik tempat untuk solat jadi untuk yang nak cium Hajarul Aswad pun dah x boleh..jadi dapat la tengok secara dekat walaupun x dapat cium..




 ni je la gambar kitaorang berdua kat Kaabah








 Ni la rutin kitaorang bila nak balik hotel..apa lagi kalau bukan beli aiskrim dengan jus mangga..memang maveles..sedap sangat2..
sedapnya tengok..mana nak cari ni?




Comments

Popular posts from this blog

HAPPY BIRTHDAY HAIKAL

JALAN-JALAN BATU PAHAT

DAPURKU BERASAP LAGI