MEATBALL

Tiba-tiba kisah balik kampung ada iklan meatball..Ni buat
 sempena birthday ammar..x dan nak celebrate..masak ni je..kuah meatball ni ni buat sendiri..x la macam ikea tapi sedap jugak..masa berniaga hari keluarga opis ari tu, ni antara menu yang kitaorang jual..Alhamdullilah habis..





















Nak resepi?

RESEPI SOS MEATBAL ALA IKEA
kredit blog daridapurmadihaa

2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam (MaDiHaA guna 1 sudu besar sos lada hitam + 1 sudu besar lada hitam yang di blend)
1 kiub pati ayam
1 sudu gula
1 kiub pati daging 

Caranya :
1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry. tambah juga dengan carrot & brokoli celur.

Untuk meatball saya just guna meatball ramly..then kukus..dah masak grilkan sikit dalam pan..

Comments

Popular posts from this blog

JALAN-JALAN BATU PAHAT

DAPURKU BERASAP LAGI

DAPURKU BERASAP